Pages

Clicks Please

Sunday, December 11, 2011

Hukum menyimpan patung di rumah

Salam semua,
Disini saya nak berkongsi la tentang perkara yang sy sendiri pun konfius. Tapi setelah baca tentang pendapat ulama tentang persoalan boleh tak kita bermain patung atau simpan patung didalam rumah. Ada sesetengah mengatakan kita boleh bermain patung tapi jangan sampai mengagungkan ataupun menjadikan ianya sebagai perhiasan. Artikal dibawah ni sy copy dr blog  http://biroagamakubi.blogspot.com/ .

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaanmu itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Surah Al-Hajj, ayat 73)

Dinyatakan disitu pada asasnya haram kita menyimpan patung atau boneka utk disucikan dan dimuliakan. Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah, kerana Aisyah ra, ummul mukminin sendiri pernah bermain dengan patung semasa masih kecil.

Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. 



Dari Aisyah ra,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahannya: "Aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Namun, syarat-syaratnya juga ada, iaitu syarat patung yg dibolehkan ialah patung yang tidak cukup sifat. 



Terjemahannya: "(Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok." HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)

Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.

Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya.

Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  
Jelaslah kat sini bahawa patung untuk perhiasan tu haram, tapi untuk permainan dibolehkan. Tapi untuk budak kecik sahaje ke? .Sebenarnya sy pun takut jugak jika kearah syirik. Sebaik-baiknya kita hindar perkara sebegini. Pasni kenalah berhati2...jangan sampai doll2 atau teddy bear yg ade menjadi perhiasan. Memang susah sebab benda tu dah jadi rutin kita, yang kita minatkan. Tido peluk teddy bear..jadikan mcm bantal. Dah besar2 pun still nak main patung, tukar2kan baju, amik gambar. Yang lelaki pulak main gundam, transformer.


Okeylah yang selebihnya kalau nak tahu lebih jelas. Bacelah dekat blog yg sy link kan tu. Kat situ ada komen2 lain tentang isu ini. Kat bwh ni ade video ustaz azhar idrus tentang isu patung sbg hiasan.



Ini pulak tentang pendapat ulama : http://al-ahkam.net/

1 ♥ cHenta:

Anonymous said...

assalam dear...nice blog...jemput lawat blog saya juga ya www.beautyummi.blogspot.com :)