Pages

Clicks Please

Monday, December 12, 2011

HUKUM MEMAKAI HARUMAN /WANGI-WANGIAN ( KHAS UTK GOLONGAN WANITA)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entry ni saya ambil untuk renungan kita bersama supaya kita lebih menjaga diri kita.
 
Apabila seorang wanita keluar dari rumahnya wajiblah dia menjaga dirinya daripada memperlihatkan kecantikannya kepada lelaki ajnabi.  Ini perintah Allah:


وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى

“Dan janganlah kamu tabarruj (mendedahkan perhiasan diri)seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu”  [An-Noor (33) : 33]


Larangan memperlihatkan perhiasan membawa maksud kepada tiga bahagi : 
  1. Perhiasan tubuh badan yang asal iaitu kecantikan yang asli.
  2. Perhiasan tambahan seperti hiasan pada pakaian,  anting2, rantai leher,  solekan pada pipi, gincu,    wangi2an  dsb 
  3. Pergerakan tubuh yang lemah gemalai dan menggoda.

Dari Tafsir Ibnu Kathir :

“Dan jangan bertabarruj seperti tabarruj zaman jahilyyah”    Mujahid berkata : “Wanita gemar berjalan dihadapan lelaki dan ini dinamakan tabarruj seperi zaman jahiliyyah”

Qatadah mengatakan :  Apabila mereka keluar dari rumah,  mereka berjalan tanpa perasaan malu dan didalam keadaan menggoda orang lain. Dan Allah Ta’ala melarang demikian.”

Muqatil bin Hayyan menyebut:
Tabarruj ialah apabila seorang wanita memakai “Khimar”  menutup kepalanya tetapi dia tidak menutupnya dengan sempurna, ini menyebabkan rantainya, subang dan leher – semua ini boleh dilihat oleh orang.”
(tamat petikan tafsir)

Semua jenis perhiasan samada kecantikan asli pada tubuh atau kecantikan disebabkan perhiasan tambahan seperti alat solek, haruman dan wangian , maka semua ini di tegah diperlihatkan kepada bukan muhrimnya.


Dari Abu Musa al Asy’ari رضي الله عه berkata, Rasulullah    صلى الله عليه وسلم    bersabda:

“Tiap-tiap wanita yang menggunakan harum-haruman kemudian keluar melewati sekelompok kaum supaya dicium baunya oleh kaum itu, maka dia adalah seorang wanita penzina (pelacur) dan setiap mata yang memandangnya juga telah (ikut) melakukan zina (berzina).” (An-Nasai)

Hadits yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عه  Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda:

“Siapa saja wanita yang terkena asap wangi-wangian, maka jangan ikut bersama kami untuk melakukan shalat Isya’ pada akhir malam.” (Muslim)


Dari Abu Hurairah, bahwa ia suatu saat bertemu dengan seorang wanita yang tercium olehnya bau wangi-wangian, dan di bagian belakang pakaiannya terdapat kain yang menyapu tanah. Abu Hurairah berkata, “Wahai amah (hamba) al-Jabbar, apakah engkau datang dari masjid?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Abu Hurairah berkata lagi, “Apakah untuk-Nya engkau memakai wangi-wangian?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Kemudian Abu Hurairah menjelaskan, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Tidak akan diterima shalat seorang wanita yang memakai wangi-wangian dalam masjid ini, sehingga ia kembali dan mandi seperti ia mandi janabah (junub).” (Abu Dawud)


Demikian beratnya perbuatan dan dosa wanita yang berhias memakain wangian2 ketika dia keluar dari rumahnya.  Mengapa Nabi  صلى الله عليه وسلم begitu tegas memberi amaran terhadap perkara ini sehingga dikaitkan sebagai wanita pezina dan pelacur?    Ini kerana perbuatan memakai wangian, solekan dsb ketika keluar rumahnya adalah perbuatan pezina2 dan pelacur pada zaman jahilyyah. Mereka berbuat bagitu untuk menarik perhatian lelaki.   Maka wanita2 yang meniru perbuatan mereka adalah tergolong kepada wanita2 pezina dan pelacur. 


Tidak dinafikan wangi2an dan haruman yang dipakai oleh wanita memberikan kesan yang sangat kuat pada hati lelaki yang mencium baunya sehingga mendorong kepada perbuatan zina, sekurang2 nya dia telah berbuat zina mata dan zina hati. 


Wallahu A'lam
 

0 ♥ cHenta: