Pages

Clicks Please

Monday, March 15, 2010

Tips: Membeli Komputer Riba / Laptop

Haluu kawan2 blogger sekalian. Ya, kali ini aku nak tulis entry berkenaan ngan tips2 untuk membeli komputer riba. Hehee..sebenarnye aku ni ngah berangan nak beli komputer riba a.k.a laptop yang baru ni. Korang nak tahu tak komputer riba ape yang menjadi idaman kalbu aku. Ya..sila lihat di bawah eni. 

Ini laptop Sony Vaio yang sangat gorgeous

yang eni plak laptop Apple Macbook. Sangat gorgeous gak.

Sangat suke laptop ini sebab performancenye yang sesuai ngan aku. Aku kan dak animation, banyak wat rendering movie, wat animasi 3d, 2d, banyak wat editing berkenaan ngan graphic. So, aku rase laptop ini sesuai banget ngan diri aku. Hehe.. Entah bile aku nak dapat beli laptop ni.Pilihan aku Sony Vaio atau pun Apple nyum nyum... Tapi, apesal dua2 lappy ni warne pink ek?Haha...sbbnye aku ni sangatla suke kaler pink, so aku pilihlaa kaler pink.

So, pada sesiapa yang kat luar sane nak beli laptop. Kat sini aku ade tips yang mungkin berguna untuk korang2 sume.

TIPS MEMBELI KOMPUTER RIBA/LAPTOP
  1. Kenalpasti spesifikasi komputer riba yang diperlukan. Jika anda bercadang menggunakannya untuk tujuan kerja dan pembelajaran, pilih spesifikasi yang tidak terlalu canggih agar harganya tidak terlalu tinggi.
  2. Merancang pembelian mengikut kemampuan anda.
  3. Membuat kajian atau mencari maklumat sebelum memutuskan jenis komputer riba yang ingin dibeli.
  4. Dapatkan senarai harga dan bandingkan mengikut spesifikasi dan jenama yang sama.
  5. Buat tinjauan terlebih dahulu sekiranya terdapat tawaran menarik bagi sesetengah jenama komputer riba.
  6. Jika boleh, beli komputer riba ketika ada pameran komputer kerana promosi yang ditawarkan adalah jauh lebih menarik dari biasa.
  7. Pastikan perisian dan perkakasan komputer yang diberikan adalah tulen.
  8. Pastikan semua perkakasan lengkap sebelum meninggalkan premis

Ok. Selamat Membeli
http://emo.huhiho.com