Pages

Clicks Please

Thursday, October 22, 2009

Adakah kita perlu biarkan ...???

Topik 2,3 hari ini mmg hangat. Berkenaan tentang orang yang berperangai busuk hati, hasad dengki, iri hati diatas kelebihan org lain dan suka menabur fitnah dan membuka aib orang lain.. Apakah yang patut dilakukan ke atas orang yang berperangai seperti ini ya? Meminta maaf pun bukan dengan seikhlas hatinya...menggunakan nama orang lain untuk tujuan hasad dengki. Perlukah kita biarkan orang macam ni melakukan perkara yang sama berterusan?...apa pendapat korang?.. Seseorang ni memang dah diketahui perangainya macam budak kecik..tetapi sudah agak berlebihan lah...seperti kata pepatah.. "kerana mulut badan binasa"...perangainya pula x tumpah seperti perangai syaitan..suka menghasut manusia...

Kesian kat mak kepada seseorang ni. Kenapalah seseorang ni x insafi diri lagi ye.. Terus-terusan menabur fitnah, membuka aib orang lain, menjaga tepi kain orang lain.. Iskh..iskh...adakah berbaloi dengan bertudung dan solat 5 waktu kalau hatinya hitam ??

Any suggestion untuk memperbaiki keadaan yang huru hara ni?Macam mana nak buat seseorang ni betul2 beringat dan fikir tentang perasaan orang lain juga. Perkara ni tak boleh dibiar berlarutan.

1 ♥ cHenta:

Irtiyah said...

Salam

kalau dah lama sabar.. elok berterus terang tapi dengan ayat paling baik dan nada paling lembut. Tapi kalau rasa reaksi dia akan lebih teruk. biarkan aje. anggap dia tak wujud sebab kalau orang tu bermasalah... semua orang akan sedar dan sama2 buat2 paham je la.

kalau nak face to face dengan niat nak balas balik atau nak marah... tak berbaloi sebab orang seperti ini memang mempunyai masalah dalaman. Kalau dilayan kita akan sama bermasalah seperti dia.

=ini cadangan saya je. heee :) cakap senang arr.