Pages

Clicks Please

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Resepi : Spagetti Clasic Bolonese

Hai..hari ni sy nak share resepi spagetti. Termasuk hari ni dah 2 kali sy wat spagetti nih...

inilah hasilnya

Bahan-Bahan:


1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin Prego pasta sauce
2 biji tomato yang dibuang kulit (cincang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bwg besar (dimayang)
Butter & minyak masak
Cendawan butang tin belah 4
Pepper, Oregano , Garam
Sedikit gula, Mayonis
Grated cheese

Cara:

Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
Angkat dan toskan dlm tapis
Utk mengelakkan spagetti melekat, campur sedikit butter.

Kuah:

Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
Masukkan 1 tin Prego pasta source, cendawan butang, peeled tomato, Kacau.
Masukkan oregano, pepper, garam, gula, kacau.

Letakkan spagetti dlm pinggan,
tuangkan kuah di spagetti,
letak sedikit mayonis dan taburkan cheese.

Kalau nak buat kuah tu cair, tambahkan air
ok.selamat mencuba..

Tuesday, December 29, 2009

Kek Coklat Fudge 2

Hari ini aku kerajinan utk menyalin resepi kek coklat fudge yang aku buat dan tlh post picnye dlm post terdahulu. hehe..pada sesiapa yang nk mencuba tu silalah. Kek ni gerenti sedap.

Kek Coklat Fudge Pekat



Bahan2

180 gm mentega
400 gm gula
4 biji telur
320 gm tepung gandum
15 gm soda bikarbonat
100 gm serbuk koko
500 ml susu segar

Bahan2 A (toping)

500 gm coklat masak / dipotong halus
350 ml krim masak
30 gm mentega



Cara Membuatnya

Utk kek fudge:
  1. Pukul mentega, gula hingga kembang. Masukkan telur sebijik demi sebijik.
  2. Selepas itu masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko yang telah di ayak bersama.
  3. Tuangkan susu ke dalam adunan & kacau rata. Alihkan adunan ke dalam bekas acuan. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 50 minit.
Utk sapuan coklat:

  1. Panaskan krim, coklat masak & mentega
  2. Kemudian masukkan krim ke dalam bancuhan coklat tadi & kacau hingga rata.
  3. Biarkan ia keras sedikit agar senang di sapukan di permukaan kek fudge.
  4. Akhir sekali sapukan coklat pada ke seluruh kek.

Sunday, November 22, 2009

Kek Coklat Fudge

Entri kali ini, aku nak kongsi ngan korang2 yang suke memasak tentang resepi kek coklat yang aku mmg suke buat kalau balik kg. heheh..tapi aku mls plak nk menaip resepi nih...so korang tgk jelah ea gambar kek yg dh masak ni. Sesiapa yang nak resepi kek ni jangan segan silu mintak kt aku. Just bagitahu je..