Pages

Clicks Please

Wednesday, July 14, 2010

Penyakit Gila Shopping: Tips Bagaimana nak merawatnya

Ola Oli Mc Kenzee...auw...selamat pagi semua blogwalking dan blogger tegar. Hmm..aish...penyakit gila shopping?.Ya seperti yang kita semua maklum, semestinya golongan perempuan adalah yang terbesar sekali terkena penyakit gila shopping ni. Termasuklah Ema  sendiri..Hehe...dalam bulan ni je...dah banyak rasenye Ema habiskan duit untuk beli shawl. Haha...lebih2 lagi shopping on9... klik2 je esok lusa parcel sampai. Tak payah susah2 g kedai pe sume. Duduk kat umah pun boleh habiskan duit jugak. So kat sini, Ema ada beberapa tips untuk mengelakkan kita daripada terkena penyakit gila shopping nih.

  Ni contoh gila shopping.


Tips 1 : Dapat gaji / elaun terus masukkan kat dalam bank simpanan tetap yang tak boleh keluarkan lagi duit tu atau yang susah sket nak keluarkan. Contohnya : ASB. 

Tips 2  : Tak payah buat online banking sebab nanti jari-jemari kita mesti gatal nak klik2 shopping kat internet. Kalau takde internet banking ni duit korang kira save la..haha.

Tips 3 : Buat senarai barang keperluan yang diperlukan sahaja semasa ingin membeli belah. Dengan cara ini, kita akan beli apa yang memang perlu sahaja. So, xdelah gila shopping sangat.

Tips 4 : Lantik akaun assistant korang sendiri untuk mengawal perbelanjaan korang. So, dengan cara ini aliran duit korang dapat dikawal. Nanti kalau nak shopping kan ada orang ingatkan tentang duit anda yang semakin susut.

Ok. Amacam? kepada sesapa yang gila shopping tuh. Ikutla tips2 kat atas tu. Berbaloi-baloi.

5 ♥ cHenta:

xazryx said...

klu online shopping tu yg bnyk membazir tuh .heheh .

diraja22 said...

berhemah dlm berbelanja..

Ema Teddy said...

@ xazryx :
memanglah..tu yg jgn buat on9 banking..heheh..kalau tak mesti nak klik2 je kn.

@ diraja22 :
yup..kena berhemah...hehe..tp kdg2 mesti tak boleh kawalkn dalam berbelanje..

Anonymous said...

hehee..seb baik xgila shopping..tapi bagus gak tips ni..sbb kalau nmpak baju je, xboleh tahan!! gila shopping la tu kan..hahha

Ema Teddy said...

@ misyamissyou :
yup...gila shopping jugaklah tu...asal nampak je nk beli..tu yg kena kawal duit tuh..hehe..kalau tak mesti habis sume nak dibeli.