Pages

Clicks Please

Tuesday, May 25, 2010

Kenape makhluk comel seperti ini perlu dibunuh??



Salam berblogging semua blogger.

Sekarang ni setiap hari ade je kat tv or radio bercerita tentang kes pembuangan bayi. Bayi dijumpai di dalam tong sampah la, ditanam hidup2, di bungkus lalu di buang, di tinggalkan di tepi masjid dan macam-macam lagi kes yang berlaku. Mengapa semua ini berlaku? bayi-bayi yang comel ini semua tidak mengerti apa2 pun. Mengapa perlu di bunuh atas kesalahan ibu bapanya? Bayi itu tidak berdosa. Yang berdosa adalah ibu bapanya yang terlalu mengikutkan nafsu. 

Sedih bila kita melihat bayi-bayi comel ini dibunuh, di bakar....kesian...sesiapa yang ada anak tu jagalah anak2 anda dan didiklah diaorg dengan didikan agama yang cukup. Bagi aku, golongan remaja memang mudah terpengaruh. Didikan dari ibubapa adalah penting bagi membendung masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Tapi, zaman sekarang ni pun golongan kanak-kanak pun dah pandai dah nak bercouple2 nih. Manusia semakin hari semakin bijak. Tapi kalau terlalu bijak ke arah keburukan pun susah juga. 

Pada pendapat aku, persekitaran, didikan dan sikap ibubapa itu yang menjadi punca semua gejala sosial berlaku. Kalau ibubapa mendidik anak dan memberi perhatian kepada anak2 mesti segala masalah gejala sosial dapat di bendung. Sebab dari kajian aku ( ini adalah dari pandangan aku la), kebanyakkan yang terjebak dengan gejala sosial adalah dikalangan yang mempunyai masalah dengan keluarga atau ibu bapa contohnya seperti ibu bapa yang terlalu mengongkong, bercerai, ibu bapa sering bertengkar, ibu bapa itu sendiri mempunyai masalah sosial. Anak-anak akan belajar dari apa yang mereka lihat. Bila mereka terasa di kongkong, mereka akan mula memberontak. Bila mereka tertekan dengan keadaan di rumah, mereka akan melepaskan tekanan bersama kawan-kawan. kalau kawan-kawan ini adalah kawan-kawan yang baik tak apa. Tapi kalau kawan-kawan yang merosakkan, habislah mase depan anak-anak itu dan dari sinilah berpuncanya kes2 buang bayi dan sebagainya. Actually, alasan ibu bapa yang sibuk dengan kerja bukan alasan yang baik untuk diberikan kepada anak-anak. Anak-anak yang membesar perlukan perhatian lebih dari ibu bapa. So, kepada yang telah menjadi ibu bapa di luar sana...tolonglah didik anak anda dengan kasih sayang, didikan agama yang cukup dan berikan perhatian kepada anak-anak anda.

 ini anak saudara saya yang baru lahir. namenye Noor Haziq Rahimi.

ini pula abgnye...Noor Iqwan Naufal. Dah makin montel sejak duduk kat umh atok dia..haha..


PATUT KE BAYI DAN KANAK-KANAK YANG COMEL INI DI BUANG?

3 ♥ cHenta:

aiza said...

hi awak!
enty yg ade baby comel!

blogcatwalking kt cni..dapat pon bace entry! lame xdtg cni!

nur hidayah isa said...

sedih tgk baby2 kena buang..tak patut btol diorang tu sume..dah pndai2 buat, jage taknak..geram3..

Ema Teddy said...

aiza :
hi aiza..
comelkn baby jepun tuh..
anak saudara sy pun comel :)

hidayah:
itu lah sedih tgk baby2 yang kena buang.
mmg geram sape yg buang tuh...buat anak reti tp dh ade anak nk buang plak..