Pages

Clicks Please

Thursday, April 9, 2009

Siput Yang Comel

FADE IN

INT.RUANG TAMU RUMAH NINI-SIANG

Diruang tamu yang sederhana.NINI sedang asyik memasukkan makanan, minuman, payung dan barang-barang lain ke dalam bungkusan kain. NINI berhenti sejenak, tangannya mengira-gira barang lain yang hendak di bawa.

Setelah berpuas hati, NINI terus sahaja mengikat bungkusan itu dan menyelitkan sebatang kayu yang sederhana panjang pada celahan ikatan kain tersebut.

NINI terus memikul bungkusan itu dan berjalan menuju ke pintu keluar.

EXT.DILUAR RUMAH NINI

NINI meletakkan kain bungkusan di sebelahnya dan terus menutup serta mengunci pintu rumah. Selepas itu NINI mengeluarkan sekeping kertas yang telah tertulis sesuatu dan menampal kertas tersebut dihadapan pintu rumahnya.

INSERT-NOTA DI PINTU RUMAH NINI

“Cipot, Nini g taman dulu.Nanti Cipot datang tau”

NINI terus berjalan dengan wajah yang ceria sambil memikul kayu bungkusan barang-barangnya.

CUT TO:

EXT.PADANG BOLA SEPAK

CLOSE UP:KAKI NINI BERJALAN

ANGLE ON: KOCEK DI CENGKERANG NINI

Sambil berjalan NINI mengeluarkan i-Podnya dan memasang lagu Linkin Park.

ZOOM IN

NINI mengoyangkan kepala mendengar lagu dan menyanyi kecil. Nini berjalan di kawasan rumput yang menghijau. NINI melihat-lihat di kawasan sekitar. NINI Mengenal pasti di mana lokasi yang sesuai untuk dia berkelah.

(CONTINUED)

NINI terpandang satu kawasan yang redup

ZOOM IN:KAWASAN REDUP TEMPAT BERKELAH

NINI melihat kawasan itu ada bunga-bunga kecil yang cantik. NINI terus berjalan menuju ke tempat tersebut.

NINI mengeluarkan barang-barang yang dia bawa dan mula menyusunnya.Apabila selesai mengemas ,NINI duduk di kerusi rehat sambil memandang ke langit. NINI melihat burung-burung berterbangan bebas di udara.

NINI(V.O)

(Suara bernada riang)

Wah,redupnya hari ni.Tenangnya.

Eh,mana Cipot ni. Lambatnya dia datang.

NINI mengambil sebotol minuman lantas meminumnya. Kemudian NINI meletakkan botol itu ditepi. Tangan NINI menyelinap ke dalam bakul mencari-cari cerminmata hitam. Setelah berjaya menemui cerminmata itu, NINI pun memakainya. NINI masih lagi menunggu CIPOT.

Tiba-tiba di hadapannya berdiri sesusuk tubuh yang besar memakai penutup mata sebelah seperti lanun.NINI terkejut. Siput samseng itu menarik baju NINI dan mengugutnya.

SIPUT SAMSENG (V.O)

(Dengan nada yang kasar dan berlagak)

Aku nak i-Pod ko,bagi aku cepat. Kalau tidak

aku pecahkan kepala ko.Ini Spark la..ape yang

aku nak mesti aku dapat!!

NINI terkedu,dia masih teragak-agak nak memberikan i-Pod kesayangannya itu kepada SPARK.Badan NINI menggigil ketakutan.

CLOSE UP:CIPOT BERJALAN SENYAP-SENYAP

CIPOT datang dengan senyap-senyap dan terus membaling batu ke arah SPARK untuk menyelamatkan NINI.SPARK menoleh kearah cipot yang berada di belakangnya dan mengusap kepalanya yang terkena batu. Sementara itu,NINI senyap-senyap beredar dari SPARK.

SPARK (V.O)

Celaka, Jaga Kau!!

CIPOT (V.O)

(Dengan nada menjerit)

Nini..Cepat lari..!!!

NINI dan CIPOT terus lari menyelamatkan diri. SPARK terus mengejar mereka berdua.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi yang sangat kuat.

EXTREME CLOSEUP:NINI EYES

Mata NINI membulat. Masa itu mata NINI mulai kabur sedikit demi sedikit. NINI sudah tidak nampak apa-apa. Mata NINI sudah terpadam.

SUARA GELISAH(V.O)

(Dengan nada cemas)

Alamak Joe, aku dah terpijak siput babi la.

Habisla kasut aku najis. (beat)Hmm..kesian siput ni..

Budak lelaki itu memandang ke arah siput babi yang telah hancur di pijaknya.

CLOSEUP:SIPUT YANG HANCUR

(CONTINUED)

SUARA TERGESA-GESA(V.O)

(Dengan nada sedikit marah)

Ala..dahla tu Mael. Dah nasib siput babi tu nak mati. Biarkan jelah. Cepatla,ada 20 pusingan lagi ni kita nak kena lari. Nanti coach marah plak!

Dua orang BUDAK LELAKI itu terus berlari keliling padang diikuti oleh 12 orang rakan-rakan yang lain.

CIPOT(V.O)

(dengan nada gelisah)

Nini..nini..bangun Nini..

NINI membuka mata perlahan-lahan.Dia Nampak CIPOT berada disebelahnya. NINI bingung.Tiba-tiba sahaja dia berada di atas katil dengan baju tido. NINI mengesat matanya. Dia memandang kea rah jam di atas meja. Jam menunjukkan pukul 10 pagi.

CIPOT(V.O)

Nini..bangunla..kata nak g berkelah hari ni..







Ni merupakan percubaan aku untuk membuat script. Tp kena reject ngan lecturer plak..so aku kena wat balik laa...sok nak kena present balik kt Pn.Lela...huhuu

0 ♥ cHenta: